Home / Series / Dendam Seorang Isteri / Aired Order /

All Seasons

Season 1

  • S01E01 Episod 1

    • March 21, 2022
    • Astro Prima

    Amira telah lama berkahwin dengan Harris namun masih belum dikurniakan cahayamata, dan juga dibenci oleh ibu Harris. Kirana tiba-tiba pulang ke Malaysia.

  • S01E02 Episod 2

    • March 22, 2022
    • Astro Prima

    Kepulangan Kirana dinantikan Syafiq, namun tidak disenangi Harris. Kirana memberitahu Amira yang dia mempunyai satu misi. Ain hanya mahu Amira bahagia.

  • S01E03 Episod 3

    • March 23, 2022
    • Astro Prima

    Harris dan Kirana menjalin semula hubungan mereka. Kirana membuka spa dengan bantuan Harris. Neelisa menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya, Naufal.

  • S01E04 Episod 4

    • March 24, 2022
    • Astro Prima

    Dato Mus dapat tahu isterinya sering meminjam duit untuk berjudi. Syafiq kecewa kerana Kirana sudah berubah sikap. Kirana mahu menjadikan Harris miliknya.

  • S01E05 Episod 5

    • March 25, 2022
    • Astro Prima

    Amira masih berusaha untuk hamil. Dato Mus mahu Harris membawa Amira pergi bercuti. Aunty Baby tiba-tiba hilang semasa keluar dengan Amira.

  • S01E06 Episod 6

    • March 28, 2022
    • Astro Prima

    Kirana mengekori Harris dan Amira yang sedang bercuti. Harris meninggalkan Amira untuk bersama dengan Kirana. Neelisa kecewa kerana Naufal menolak cintanya.

  • S01E07 Episod 7

    • March 29, 2022
    • Astro Prima

    Amira dapat tahu hubungan suaminya dengan Kirana. Hati Amira hancur namun dia masih cuba bersabar. Harris masih cuba mengambil hati Amira.

  • S01E08 Episod 8

    • March 30, 2022
    • Astro Prima

    Kirana datang ke rumah Amira dan berlaku pergaduhan. Harris memberitahu Amira yang dia mahu memutuskan hubungan dengan Kirana. Ada kejutan untuk Amira.

  • S01E09 Episod 9

    • March 31, 2022
    • Astro Prima

    Dato Mus memecat Harris kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Kirana membantu Harris mendapatkan kerja baru. Sulaiman dan Syafiq ditimpa masalah.

  • S01E10 Episod 10

    • April 1, 2022
    • Astro Prima

    Datin Mona ternampak Harris dan Kirana mesra bersama. Syafiq ditahan polis atas tuduhan cubaan pecah rumah. Dato Mus cuba bantu menyelesaikan masalah bapa Amira.

  • S01E11 Episod 11

    • April 4, 2022
    • Astro Prima

    Harris dan keluarga Amira mendapat tahu Amira hamil. Kirana cuba mengambil hati ibu bapa Amira. Diana melarang Neelisa bercinta dengan Naufal.

  • S01E12 Episod 12

    • April 5, 2022
    • Astro Prima

    Dato Mus dapat tahu tentang hubungan Harris dan Kirana. Kirana ingin menjatuhkan syarikat Dato Mus. Naufal berjumpa calon isterinya.

  • S01E13 Episod 13

    • April 6, 2022
    • Astro Prima

    Kirana memperkenalkan Harris kepada Haziq. Syafiq ternampak Harris dan Kirana bermesra di rumah Kirana. Neelisa membuat keputusan untuk menyambung pelajaran.

  • S01E14 Episod 14

    • April 7, 2022
    • Astro Prima

    Kirana memperkenalkan Haziq kepada keluarga Harris. Mona gembira menerima 'cucu'. Amira terluka dengan berita tersebut.

  • S01E15 Episod 15

    • April 8, 2022
    • Astro Prima

    Mona membuat laporan polis terhadap Syafiq. Dato Mus mahu membuat ujian DNA ke atas Haziq. Naufal dan Sherry mula merancang majlis perkahwinan mereka.

  • S01E16 Episod 16

    • April 11, 2022
    • Astro Prima

    Perbalahan berlaku antara Sulaiman dan Kirana. Mus bersimpati kepada keluarga Sulaiman. Diana terkejut mendengar berita tentang Neelisa.

  • S01E17 Episod 17

    • April 12, 2022
    • Astro Prima

    Mus tidak sangka Amira tergamak untuk mengambil harta Baby. Harris gembira kerana rancangannya semakin berjaya. Diana mula rindukan Neelisa.

  • S01E18 Episod 18

    • April 13, 2022
    • Astro Prima

    Diana mahu bantu Naufal dalam persiapan perkahwinan. Naufal menerima sekeping kad yang mencurigakan. Kirana mula takut jika Amira akan membolot semua harta keluarga Mus

  • S01E19 Episod 19

    • April 14, 2022
    • Astro Prima

    Neelisa disyaki lemas di laut. Harris menyuruh Amira menggugurkan kandungannya. Suatu tragedi menimpa Amira.

  • S01E20 Episod 20

    • April 15, 2022
    • Astro Prima

    Naufal menjumpai Amira lemas di tepi pantai. Amira terselamat namun kandungannya gugur. Diana menyalahkan Naufal di atas kehilangan Neelisa.

  • S01E21 Episod 21

    • April 18, 2022
    • Astro Prima

    Amira tidak mahu pulang ke rumahnya. Semua orang menganggap Amira sudah meninggal dunia. Mona menyalahgunakan amanah Dato Mus.

  • S01E22 Episod 22

    • April 19, 2022
    • Astro Prima

    Seseorang memberitahu Ain yang dia ternampak Harris bersama dengan Amira pada hari kejadian. Harris mahu menghalau keluarga Amira dari rumah mereka.

  • S01E23 Episod 23

    • April 20, 2022
    • Astro Prima

    Harris melawat Kirana. Diana mencari maklumat tentang Mustafa. Amira juga nekad bangkit untuk membalas dendam kepada Kirana dan Harris.

  • S01E24 Episod 24

    • April 21, 2022
    • Astro Prima

    Kirana dan Harris menipu dengan mengatakan Kirana mengandung. Diana membantu keluarga Amira kerana dia juga mahu menjatuhkan syarikat Dato Mus.

  • S01E25 Episod 25

    • April 22, 2022
    • Astro Prima

    Dalam diam, Amira menyaksikan persandingan Harris dan Kirana. Kirana secara rasminya menjadi menantu baru keluarga Dato Mus. Ada kejutan buat Amira.

  • S01E26 Episod 26

    • April 25, 2022
    • Astro Prima

    Amira kini menggunakan nama samaran Neelisa Abdullah. Puan Diana mengajak Amira tinggal di rumahnya. Naufal menganggap Amira ada agenda tersembunyi.

  • S01E27 Episod 27

    • April 26, 2022
    • Astro Prima

    Kirana bergaduh dengan Hilda, secara tak sengaja Kirana jatuh. 'Kandungannya' gugur. Diana memberi peluang Amira menatarias pelanggan VIP tetapi masalah berlaku.

  • S01E28 Episod 28

    • April 27, 2022
    • Astro Prima

    Mus dan Mona dapat tahu Kirana sebenarnya tidak mengandung. Amira menceritakan kisah hidupnya kepada Diana. Diana mahu membantu Amira dalam misinya untuk membalas dendam.

  • S01E29 Episod 29

    • April 28, 2022
    • Astro Prima

    Kirana cuba membeli jiwa ibu mertuanya. Lisa cuba membina keyakinan sebagai orang baru. Baby terserempak dengan Amira namun tiada siapa yang percaya.

  • S01E30 Episod 30

    • April 29, 2022
    • Astro Prima

    Kirana bengang kerana semua pelanggan VIPnya lari ke spa Diana. Syafiq menyelamatkan Baby dari kemalangan. Baby menganggap Syafiq sebagai hero.

  • S01E31 Episod 31

    • May 2, 2022
    • Astro Prima

    Harris berjumpa dengan Lisa dan menyangka Amira masih hidup. Mus dapat tahu keluarga Amira tidak pernah menerima duit pampasan.

  • S01E32 Episod 32

    • May 3, 2022
    • Astro Prima

    Jamilah mengugut Harris memberikan RM500,000 supaya dia menutup rahsia. Dia turut menghantar video bukti kepada Dato Mus. Harris dan Lisa mula rapat.

  • S01E33 Episod 33

    • May 4, 2022
    • Astro Prima

    Jamilah pergi ke pejabat Mustafa dan memberitahu semua perbuatan Harris dan Kirana. Kirana marah kerana pelanggannya ramai yang sudah beralih ke spa Diana.

  • S01E34 Episod 34

    • May 5, 2022
    • Astro Prima

    Spa Kirana mengalami masalah kewangan. Harris bergaduh dengan Kirana. Kirana dapat tahu Harris ada skandal.

  • S01E35 Episod 35

    • May 6, 2022
    • Astro Prima

    Diana terserempak dengan Mustafa dan mula mengungkit tentang sejarah mereka bersama. Ain terjumpa Lisa di spa Diana. Aunty Baby semakin kerap datang ke rumah Syafiq.

  • S01E36 Episod 36

    • May 9, 2022
    • Astro Prima

    Diana menyuruh Naufal berbaik semula dengan Sherry, tetapi Naufal memberitahu yang dia cintakan Lisa. Kirana mensabotaj produk baru keluaran spa Lisa kerana dia tidak mahu Lisa mendapat kontrak baru.

  • S01E37 Episod 37

    • May 10, 2022
    • Astro Prima

    Kirana mencuri berlian milik bapa mertuanya untuk membayar hutang kepada Lisa dan menuduh Syafiq mencurinya. Naufal ternampak gambar Diana dan seorang bayi di atas meja Dato Mus.

  • S01E38 Episod 38

    • May 11, 2022
    • Astro Prima

    Kirana memberitahu Mona yang Harris ialah pembunuh Amira dan mengugut akan melaporkan hal tersebut kepada polis. Lisa memberitahu Diana yang dia mahu berkahwin semula dengan Harris.

  • S01E39 Episod 39

    • May 12, 2022
    • Astro Prima

    Dato Mus mahu memeriksa rakaman CCTV untuk menangkap pencuri berlian. Lisa berjumpa Dato Mus dan memberitahu tentang berlian yang diberikan oleh Kirana. Dato Mus mula curiga.

  • S01E40 Episod 40

    • May 13, 2022
    • Astro Prima

    Syafiq dan Baby semakin rapat. Naufal risau jika identiti Lisa terbongkar. Diana curiga apabila mengetahui Kirana berjaya mendapat kontrak untuk produk kosmetik baru bernilai RM3 juta.

  • S01E41 Episod 41

    • May 16, 2022
    • Astro Prima

    Diana memberitahu Naufal yang dia mahu mendapatkan semula harta arwah bapanya. Harris melabur dalam skim cepat kaya yang dirancang oleh Lisa.

  • S01E42 Episod 42

    • May 17, 2022
    • Astro Prima

    Diana memberitahu Naufal kisah silamnya dengan Mustafa. Seha Kosmetik dapat tahu tentang penipuan produk keluaran spa Kirana. Lisa diserang di pejabatnya.

  • S01E43 Episod 43

    • May 18, 2022
    • Astro Prima

    Harris membeli rumah untuk Lisa untuk membuktikan cintanya. Lisa berjumpa Kirana dan membuat satu kejutan besar. Kirana mengugut untuk membocorkan kematian Amira.

  • S01E44 Episod 44

    • May 19, 2022
    • Astro Prima

    Harris melamar Lisa. Harris melabur sebanyak RM 12 juta dengan menggunakan wang syarikat. Keluarga Amira menyerang Harris di rumahnya.

  • S01E45 Episod 45

    • May 20, 2022
    • Astro Prima

    Harris ditipu oleh skim pelaburan dengan Tengku Ali. Lisa mencadangkan dia meminjam wang daripada Diana sementara waktu. Naufal membawa diri untuk tenangkan fikiran.

  • S01E46 Episod 46

    • May 23, 2022
    • Astro Prima

    Harris berjumpa Diana untuk merisik Lisa. Mona cuba mencuri semula pendrive yang mengandungi video pembunuhan Amira. Pergaduhan berlaku antara Harris dan Sulaiman.

  • S01E47 Episod 47

    • May 24, 2022
    • Astro Prima

    Lisa melawat ayahnya di hospital. Khabar angin tersebar yang Oles Spa telah diambil oleh pengurusan baru. Kirana membalas perbuatan Lisa dengan memalukannya di IG Live.

  • S01E48 Episod 48

    • May 25, 2022
    • Astro Prima

    Kirana ditangkap polis atas tuduhan mencuri berlian. Mustafa bersetuju menarik balik tuduhan dengan beberapa syarat tertentu. Lisa gembira kerana rancangannya berjalan lancar.

  • S01E49 Episod 49

    • May 26, 2022
    • Astro Prima

    Ibu Amira mengesyaki Lisa, iaitu isteri baru Harris adalah anaknya. Kirana terkenang zaman indah bersama Harris. Datin Mona berjumpa dengan Diana namun dia disambut dingin.

  • S01E50 Episod 50

    • May 27, 2022
    • Astro Prima

    Lisa mula tinggal di rumah Mustafa. Dia mula membalas perbuatan biadap keluarga itu terhadapnya dulu. Harris dan Naufal bergaduh di pejabat.

  • S01E51 Episod 51

    • May 30, 2022
    • Astro Prima

    Syafiq menyiasat semula kes 'kematian' kakaknya. Mustafa terkejut apabila mendapati Lisa dan Naufal adalah anak kepada Diana.

  • S01E52 Episod 52

    • May 31, 2022
    • Astro Prima

    Syafiq dapat tahu Kirana dan Harris terlibat dalam pembunuhan Lisa. Kirana dan Harris merancang untuk melarikan diri ke Dubai.

  • S01E53 Episod 53

    • June 1, 2022
    • Astro Prima

    Lisa menyembunyikan Harris di rumah mamanya supaya dia tidak lari bersama Kirana. Kirana dan Harris kini hidup sebagai pelarian kerana bimbang ditangkap polis.

  • S01E54 Episod 54

    • June 2, 2022
    • Astro Prima

    Jamilah beritahu Kirana yang Amira masih hidup. Harris ditahan polis atas tuduhan membunuh. Lisa membuat kejutan di hadapan Ain dan Sulaiman.

  • S01E55 Episod 55

    • June 3, 2022
    • Astro Prima

    Kirana beritahu Mona yang Lisa sebenarnya ialah Amira. Kirana lega kerana dia tidak akan dituduh bersubahat lagi. Amira menyuruh Jamilah merahsiakan yang dirinya masih hidup.

  • S01E56 Episod 56

    • June 6, 2022
    • Astro Prima

    Lisa menyarankan Harris membuat pinjaman dengan Diana dengan tanah milik Mustafa sebagai cagaran. Kirana cuba mencari bukti untuk membuktikan Lisa adalah Amira.

  • S01E57 Episod 57

    • June 7, 2022
    • Astro Prima

    Baby dan Syafiq semakin rapat. Diana memberi sejumlah wang untuk menutup mulut Datin Jiha. Harris mencagarkan lagi sebidang tanah ayahnya sebagai cagaran kepada Diana.

  • S01E58 Episod 58

    • June 8, 2022
    • Astro Prima

    Mustafa mencarikan jodoh untuk kak Baby. Mona masih belum serik bermain mahjong. Semasa pembentangan Lisa untuk dengan Seha Cosmetic, Kirana membuat satu kejutan.

  • S01E59 Episod 59

    • June 9, 2022
    • Astro Prima

    Amira pulang ke rumah mertuanya sebagai Amira Sulaiman. Harris minta pertolongan Kirana. Mustafa dapat tahu tanah miliknya telah ditukar nama kepada nama Diana.

  • S01E60 Episod 60

    • June 10, 2022
    • Astro Prima

    Radius Construction mula menghadapi masalah kewangan. Banglo milik Mustafa dan Mona juga akan dilelong. Harris terfikir yang satu jalan untuk menyelesaikan masalah keluarganya.

  • S01E61 Episod 61

    • June 13, 2022
    • Astro Prima

    Diana mengambil alih Radius Construction untuk menyelamatkan syarikat itu daripada muflis. Keluarga Mustafa berang apabila mereka terpaksa berpindah ke rumah lain.

  • S01E62 Episod 62

    • June 14, 2022
    • Astro Prima

    Mustafa melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki. Ketika Kirana mencuri geran rumah dari pejabat Amira, Hilda telah tercedera.

  • S01E63 Episod 63

    • June 15, 2022
    • Astro Prima

    Kirana mencagarkan geran rumah untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan Oles Spa semula. Amira mempunyai bukti dalang yang mencuri geran rumah.

  • S01E64 Episod 64

    • June 16, 2022
    • Astro Prima

    Akhirnya Diana akur dan merestui hubungan Naufal dan Amira. Neelisa tiba-tiba muncul dan menghalang keras pernikahan Naufal dan Amira.

  • S01E65 Episod 65

    • June 17, 2022
    • Astro Prima

    Neelisa menculik Amira di hari pernikahan Amira dan Naufal. Kehadiran Harris di situ mengusutkan lagi keadaan. Neelisa terus membenci Amira.

  • S01E66 Episod 66

    • June 20, 2022
    • Astro Prima

    Neelisa menyerang Amira di spa Ayu Borneo dan menghalau keluarga Amira dari rumahnya dengan alasan mereka tak berhak atas harta mamanya. Kirana mengajak Neelisa menyertai rancangan jahatnya.

  • S01E67 Episod 67

    • June 21, 2022
    • Astro Prima

    Neelisa mencuri cek Amira dan memberikan cek itu kepada Kirana untuk menebus geran rumah Mustafa. Syafiq dan Baby merancang untuk berkahwin namun niat mereka dihalang.

  • S01E68 Episod 68

    • June 22, 2022
    • Astro Prima

    Kirana beritahu Syafiq yang Haziq adalah anak mereka berdua demi untuk mengelakkan Syafiq mengheretnya ke balai polis. Neelisa terus memburukkan Amira di hadapan Diana.

  • S01E69 Episod 69

    • June 23, 2022
    • Astro Prima

    Baby dijaga oleh Anita. Manakala Mustafa amat risaukan keadaan Baby. Amira memberitahu Diana yang Baby sebenarnya ialah Aliah.

  • S01E70 Episod 70

    • June 24, 2022
    • Astro Prima

    Neelisa beritahu KIrana tentang Aliah. Kirana meminta wang dari Diana untuk informasi yang dicuri daripada Mona tentang Baby. Baby cuba melarikan diri daripada jagaan Anita.

  • S01E71 Episod 71

    • June 27, 2022
    • Astro Prima

    Baby diselamatkan oleh seseorang dan dibawa ke Radius Construction dengan selamat. Diana membawa Baby tinggal bersamanya. Perbuatan Mona terhadap Baby terbongkar.

  • S01E72 Episod 72

    • June 28, 2022
    • Astro Prima

    Kirana beritahu Mona yang Baby adalah anak kandung Diana dan Mustafa. Neelisa memfitnah Amira menyebabkan Diana membenci Amira. Diana menghalau keluarga Amira dan memecat mereka.

  • S01E73 Episod 73

    • June 29, 2022
    • Astro Prima

    Hilda memberitahu Amira tentang rancangan jahat Kirana dan Neelisa. Syafiq berjaya mendapatkan bukti perbuatan khianat Neelisa dan Kirana.

  • S01E74 Episod 74

    • June 30, 2022
    • Astro Prima

    Neelisa mempercepatkan majlis pernikahannya. Amira memulangkan geran tanah milik Mona. Kirana menyebarkan fitnah yang Diana tak mampu menjadi CEO Radius Construction.

  • S01E75 Episod 75

    • July 1, 2022
    • Astro Prima

    Kirana mahu Neelisa berjumpa dengan Mustafa dan Mona untuk membersihkan namanya. Baby dan Syafiq meminta restu kedua dua belah keluarga untuk berkahwin.

  • S01E76 Episod 76

    • July 4, 2022
    • Astro Prima

    Syafiq merasa gemuruh untuk bernikah. Diana mahu Syafiq menjaga Baby dengan sepenuh hati. Kirana ada agenda untuk memburukkan nama Naufal.

  • S01E77 Episod 77

    • July 5, 2022
    • Astro Prima

    Syafiq dihadiahkan 'food truck' baru untuk berniaga. Harris terkejut apabila Kirana memberitahu dirinya kini mengandung. Kirana khautir akan tahap kesihatannya.

  • S01E78 Episod 78

    • July 6, 2022
    • Astro Prima

    Mona sudah mula tidak mempercayai Kirana. Kirana masih menyalahkan keluarga Amira yang menjadi punca semua masalah. Naufal sudah tidak tahan dengan perangai Neelisa.

  • S01E79 Episod 79

    • July 7, 2022
    • Astro Prima

    Amira memenangi pertandingan solekan anjuran Seha Cosmetics. Harris menghalau Kirana dan Haziq. Kirana masih cuba merahsiakan penyakitnya.

  • S01E80 Episod 80

    • July 8, 2022
    • Astro Prima

    Ain tidak mahu Amira terlalu fikirkan tentang Kirana. Diana sudah tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga Nelissa dan Naufal. Kirana memberitahu Diana tentang perbuatan Neelisa menyebabkan Diana marah.

  • S01E81 Episod 81

    • July 11, 2022
    • Astro Prima

    Amira mengajak Kirana tinggal bersamanya dan demi Haziq. Diana dan Naufal risau kerana Neelisa gagal dihubungi. Tiba-tiba mereka mendapat panggilan memaklumkan Neelisa sedang berada di hospital.

  • S01E82 Episod 82

    • July 12, 2022
    • Astro Prima

    Harris, Naufal dan Amira di soal siasat oleh pihak polis sebagai suspek kes mencederakan Neelisa. Neelisa menuduh Amira yang memukulnya. Kesihatan Kirana mula merosot.

  • S01E83 Episod 83

    • July 13, 2022
    • Astro Prima

    Harris mula sedar kesilapan dan tanggungjawabnya terhadap Kirana. Naufal dan Neelisa semakin tidak sehaluan. Diana keliru dengan tindak Neelisa.

  • S01E84 Episod 84

    • July 14, 2022
    • Astro Prima

    Kirana beransur pulih kerana Harris menjaganya dengan baik. Neelisa terus berpura-pura sakit dan menuduh Naufal memukulnya. Mona mula kagum dengan Amira.

  • S01E85 Episod 85

    • July 15, 2022
    • Astro Prima

    Sesuatu terjadi kepada Naufal. Neelisa bertemu Amira untuk meminta maaf atas apa yang telah terjadi. Haziq melarikan diri dari rumah.